JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Monday 6 June 2011

Aku Dan Cinta Pagi...

Menyambung kembali kisah semalam dgn wujudnya pagi ini
Tenang saja hati tatkala memandang langit Tuhan
Terbias cahaya mentari
Terasa kehangatannya pasti.

Kedinginan embun turut terasa...
Mendinginkan hati-hati yang rindu,
bukan rindu pada kekasih hati,
 tapi rindu pada pengucapan syukur kepada Yang Menghidupkan.

Bagaimana nanti jika tiada lagi pagi untuk aku?
Pasti sahaja terlambat untuk aku melafazkan "Alhamdulillah"
Apa tunggu lagi wahai diri, lafzkanlah kata keramat itu,mudah sahaja...
Pahala bakal mengisi buku amalanmu pasti.

Sejenak,kembali aku merenung langit Illahi...
Burung-burung riang berkicauan pada dada langit...
Mencari rezeki mereka di atas bumi Tuhan Yang maha luas...
Bertapa Maha Pemurah Engkau Ya Rabbi...

Sungguh ku katakan,diri ini begitu kerdil untuk mendongak langit biru...
Tiada upaya apa-apa...
Lupa aku pada DIA,aku sahaja yang akan rugi...
Tapi DIA tidak akan pernah rugi apa-apa pun...
Mengapa wahai diri?
Mudah lupa diri?
Tidak malukah engkau?
Pencipta tidak pernah melupakan yang DiciptanNya...
Tapi kita? Aku dan kamu? Juga mereka???
Muhasabahlah diri sentiasa...

Pagi ini menjadi bukti bahawa masih ada cinta...
Cinta keindahan pagi kerana Pencipta Pagi Menciptanya...
Sekali lagi,"Alahmdulillah"
Aku dan cinta pagi...
Semoga masih diberi kesempatan untuk esok...

Berdoa sahajalah...
Bersyukur pasti...
Menghargainya wajib sekali...
Mensia-siakannya jangan sekali...

GadisPelangiPuteh
9:21 pagi
Selasa 7/06/2011

Mood: Rapuh - OPICK

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. (n_n) perjalanan belum selesai...

    ReplyDelete