JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Friday 26 April 2013

Ketidakpedulian...

Assalammualaikum...
Sollu-ala nabiyy... 

Menghargai insan yang tidak menghargai kita, begitu membuat hati terguris. Menunggu insan yang tidak pernah datang untuk menyambut kehadiran kita, begitu membuat hati bagai dirobek. Dalam penghargaan yang diberi tanpa balasan, dalam penantian yang tak pernah disambut, dia merasakan ianya berlaku ke atas dirinya kerana balasan atas apa yang dia perbuat dahulu pada seseorang yang benar-banar menghargai dirinya, yang selalu setia menunggu kehadirannya tanpa jemu. 

Kini dia meletakkan tanda noktah di setiap rasa luka yang dirasai pada saat ini sebagai balasan dari Yang Maha Kuasa. Dia terima walaupun payah. Dia redha. Dan baru sekarang dia mengerti, apa rasanya tidak dipedulikan oleh insan yang kita selalu peduli tentang wujudnya. 

Dia bersedia dilukakan sepertimana dia pernah melukakan. Bagi dia, hidup ini adalah apa yang kita perbuat untuk diri kita dan orang lain. Kita menyayangi diri sendiri, dengan tidak melakukan perkara yang enggak-enggak, maka terselamatlah. Cinta yang kita berikan pada orang lain, berbalaslah juga cinta itu untuk kita. Bagaimana dengan benci? Benci yang kita perlakukan kepada dia, pasti kita akan menerima benci itu kembali. Mungkin tidak daripada dia yang pernah kita benci, tetapi tidak mustahil dari insan yang kita sayang separuh hati.

Dengan ini, dia harus berlapang dada menerima semuanya. Dan dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Dia berjanji untuk tidak menagis lagi. 

Gadis,
10:05 am
Sabtu
-Kamar study-