JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Thursday 1 November 2012

Pulih Semangat.

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Tidak seperti hari-hari biasa... Beberapa hari nieh kurang semangat. Rasa ada sesuatu yang kurang. Macam ada yang tak kena dengan hati. Rasa resah. Walaupun dikelilingi dengan riuh tawa adik-adik tersayang, namun aku masih tak mampu untuk tersenyum dengan sebenar senyuman. Senyum palsu.Walaupun segala-galanya pada saat ini berada dalam keadaan baik, semuanya mencukupi untuk aku teruskan hidup, *alhamdulillah

Keadaan bilik agak tidak teratur. Berantakan. Nota-nota kuliah ada di merata-rata. Berserabut. Macam kepala aku sekarang agaknya. Semangat pun hilang terbang entah ke mana. Aku tak suka keadaan ini. Aku masih mencari-cari, sebab aku jadi begini... Namun, hampa, aku gagal temuinya. Astaghfirullahalazim... 

Tak sanggup membiarkan diri terusan begini... 

Aku harus lakukan sesuatu. Untuk pulihkan semangat yang sedang sakit nieh. 

Aku luahkan pada blog nieh. Sedikit lega. 

Aku akan tengok gambar umie dgn abah dalam fail klip merah hitam tu. Sedikit tenang.

Aku baca balik segala bagai post yang aku post dekat FB, alhamdulillah sedikit bersemangat.

Aku baca balik target yang aku nak capai tahun nieh, semakin bersemangat.

Aku tampar muka aku sekali (tampar pelahan jew), sambil jerit, Nisaa bagun!!!

Aku istighfar banyak-banyak sambil pejam mata. 

Lama-lama. 

Sungguh-sungguh.

Dan tiba-tiba Allah tunjukkan aku satu wajah, yang telah aku sakiti dengan tidak sengaja.

YaAllah, maafkan aku...

Dan rasa itu adalah rasa bersalah. Dan aku tahu dia belum maafkan aku...

:"(

Tengok jam, pukul 10:19 pagi... Waktu dhuha sedang menunggu...

Aku ambik keputusan untuk berdoa selepas solat Sunat Dhuha. 
Apa-apa hal, aku tahu yakin pasti, dengan berdoa sahajalah aku, dan jiwa-jiwa yang lain akan tenang.
Aku harap lepas nieh semangat aku akan pulih! 

-Out-

Gadis,
10:24 am,
-Kamar study,
Jalan Astana, Sarawak-