JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Tuesday 11 August 2015

Bicara si Tukang Choret

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sollu alan nabiyy...

*tiup tiup habuk kat blog*

Setahun sudah aku meninggalkan blog ini sepi tanpa sebarang entry terbaru. Cuba untuk berhenti menulis sebenarnya, namun keinginan dan kerinduan untuk menulis itu semakin tidak dapat disimpan lagi... Semoga kali ini apa yang aku choretkan di sini tidak ada yang sia sia... Dan permohonan maaf terlebih dahulu aku nyatakan di sini andai setiap apa yang aku choretkan di ruangan ini mengundang rasa kurang enak di hati kalian... Jujur saja, aku cuma menchoretkan apa yang ada di hati yang ta mampu terucap melalui bicaraku... Seandainya kalian dapati choretkan ku lebih banyak mengkhayalkan jiwa kalian dan secara langsung mengugah prinsip kalian secara total, jauhi saja choretanku ini... Kerna aku tidak mahu dipertanggungjawabkan di atas setiap satu perubahan jiwa dan hati kalian nanti... Di sini cuma ada kisah kisah hidup aku sendiri yang sudah diterjemah lewat kiasan bahasa... Jika kalian betah, selamilah... Dan kalian akan mengerti... Biidznillah... Bertemu lagi dalam aksara yang mendatang... 






Saturday 16 November 2013

Sesetia Apa...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Yang dinanti tak kunjung tiba,
sedangkan hati sudah terlalu hiba...
Kekecawaan hari demi hari makin menebal
mendiami hati yang tak lagi kebal...

Lalu mengapa masih menanti?
Sedangkan yang dinanti, menoleh pun tidak?
Kerna ada harapan yang dia bagi masih aku ingat.
Harapan itulah buat aku masih di sini walaupun hati dah penat,
tetapi kerana harapan itu juga membuat aku terlalu mengharap
sehingga nafas hampir tersekat...

Mana tidaknya, tangis dan esakan bersatu,
bertindak kejam pada hati tak kira waktu...

Harus bagaimana?
Jika dibiar pasti kau persis manusia yang hidup
tapi mati hatinya...
Tiada lagi rasa kerna
perasaan tak berfungsi seperti biasa,
lalu pasti kau dikata gila kerna cinta!

Siapa bilang aku akan gila kerna cinta?
Aku masih punya Tuhan tempat bersandar segala rasa.
Tuhan tahu segala. Pasti Tuhan akan beri aku tanda,
untuk terus menunggu atau pergi tanpa kata...

Kau tahu, Tuhan itu sedang menguji aku.
Dia mahu melihat sesetia apa aku pada manusia yang aku cinta,
Dia mahu melihat adakah setia aku melebihi setia padaNya?
Lantaran aku terlalu menginginkan cintanya manusia,
Dia murka, lalu aku diuji... Itu juga petanda Dia sayang padaku bukan?
Kerna bila manusia sakiti aku, pada akhirnya pasti aku kembali di sisi Nya...

GadisPelangiPuteh
12:32 am
Ahad
-Kamar Samar-


Sunday 25 August 2013

Ini Cuma Dongeng...

Di sini ada seorang gadis, yang sedang menahan tangis. Begitu perih hati si gadis menjalani takdir hidup yang tragis. Sekarang esakan tangis semakin menjadi, dia masih cuba sungguh sungguh menahan tangis. Tidak mahu air mata keluar katanya. Katanya lagi perempuan yang mudah nagis itu manja, dan dia tak suka dia menangis... Tapi dia lupa, dengan tangis itu sisa sisa luka dalm jiwanya sembuh walau masih ada tanda.

Ahhhh, si gadis ego dengan pendiriannya yang makin aneh. Semakin hari semakin dia aneh. Prinsip hidup bukan bukan dibuatnya. Katanya perempuan yang sempurna cintanya pada lelaki mesti sanggup dilukai, merawat luka sendiri, dan bagi peluang berkali kali. Bukan itu gila namanya? Oh gadis, kau terlalu bersungguh dengan cinta, sampai kau lupa Pemilik Cinta sedang murka!!!

Tanpa kesan, juga pesan gadis undur diri. Menghirup secangkir milo panas kesukaan, duduk di suatu sudut bilik, tepi tingkap, dan ya, dia masih waras, cuma dia menagis dalam senyum tawar!




Gadis,
7:31 am
26/08/2013
Isnin

Pelangi Itu Muncul Selepasnya Hujan...

Assalammualaikum...
Sollu ala nabiyy...

Tak setiap hari kau akan indah,
Ada ketika kau akan gundah jua...
Tak setiap hari kau tersenyum manis,
Ada ketika kau akan menagis jua...

Itu sudah aturan Illahi,
Kau sudi atau tidak,
kau harus lalui...
Walau hati kau tak cukup ampuh
kau kena rempuh jua...

Suatu hal kau jangan mudah leka,
Allah itu tidak akan menduga sesuatu dugaan yang kau tidak mampu,
Bukankah Allah itu Maha Segala,
DIA tahu kurangnya kau dimana,
DIA tahu terdayanya kau dimana,
Cuma kau,
cuma kau wahai diri,
perlu lebih teguh jiwa
agar kau tak mudah jatuh
tersungkur lalu lumpuh untuk
perjuangkan hidup!

Namanya dugaan itu ada dua hikmahnya,
Darjat kau akan ditinggikan di sisinya Tuhan,
atau sebagai balasan bagi dosa silam kau.

Orang kata hukum karma tidak pernah wujud,
tapi bagi aku,
ia selalu ada,
melingkari setiap perjalanan hidupnya kita.
Apa kau beri pada yang lainnya,
pasti itu yang kau dapat kembali.
Tersenyumlah.
Nahhh, kan tampak indah?

Ya sudahlah,
kesat air mata kau,
buat apa menangis?
Sedangkan kau sendiri cukup sedar,
yang namanya pelangi itu muncul selepasnya hujan?
Bukan begitu?

Gadis,
7:13 am
26/08/2013
Isnin
-Kamar study-

Tuesday 23 July 2013

Ini Untuk Kamu Yang Aku Panggil Kaseh,.

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabyy...

Aku ini bukan tidak tetap pada pendirian setelah sesuatu keputusan aku nokhtahkan. Cuma,rasa sayang yang masih menguat itu sukar untuk dileraikan,maka aku kembali berubah rasa. Benci kembali kepada sayang. Kau tahu bukan? Sukar untuk mentafsir isinya hati seorang perempuan? Terutama perempuan seperti aku ini yang lebih suka pendam dalam-dalam, kemudian akan meluah segala rasa yang mengoncang jiwa terang-terangan...

Bagaimana mungkin aku mahu mengakhiri sebuah perhubungan yang aku sudah sungguh-sungguh jaga? Sebuah hubungan yang hari-hari aku doa? Dan bagaimana pula aku mahu melupa dikau yang selalu aku sebut namanya di hadapan Tuhanku? Coba kau jelaskan...

Jika dengan mudah kau lepaskan aku,barangkali itu petanda kau sudah sedia ada pengganti aku. Makanya kau tidak gusar melepas aku pergi, jauh dari alam kehidupanmu. Mana tidaknya,patah tumbuh hilang berganti bukan? Itu cuma sangkaanku. Jika benar? Aku relakan. Jika tidak benar? Aku bersyukur.... 

Kau tahu kaseh, kurangnya aku ini serba serbi. Mungkin tiada satu pun kelebihan yang ada pada diri. Namun,bila aku berada disampingmu, aku rasa aku cukup sempurna. Kau tahu kenapa aku tidak lihat apa kurangmu? Dan terima kau apa adanya? Kerna aku perempuan biasa. Bukan malaikat. Bagi aku kaseh, kesempurnaan itu tercapai bilamana kurangnya aku, kau lengkapi dengan kau terima sekadarnya wujudku... Kaseh, tak perlu mencari yang terlalu sempurna untuk membahagiakan jika yang sederhana itu sudah sedia membahagiakan kamu. Kadang-kala, mahukan yang sempurna buat kita lupa diri... Buat kita terbang tinggi tanpa melihat tanah yang kita bakal jejak... Sederhana indah itu sudah mencukupi bukan?

Air mata palsu...? Kau tahu? Di dalam dunia ini, tidak akan ada perempuan menangis dengan tangisan palsu... Dan tidak akan ada perempuan yang menagis jika hatinya tidak tersentuh... Tangisan itu terwujud bila hati terlalu ngilu, dan tidak mampu menahan saratnya luka yang tidak kelihatan darahnya...
Tidak ada kaseh,perempuan mampu menagis dengan air mata palsu. Senyuman aku mungkin pernah ada yang palsu lantaran mahu menutupi gusarnya hati. Pastinya kau pernah mengalaminya bukan? Senyum untuk tidak memperlihatkan apa yang sebenar ada di hatimu? Pernah bukan? Begitu juga aku... Tapi,tidak akan pernah ada dan tidak akan termampu untuk aku menagis dengan tangisan palsu... Kerna kau sendiri pernah lihat, bagaimana aku di hadapan mu? Aku menjadi diri aku yang sebenar... Tidak dipengaruhi untuk menjadi ayu,sopan santun di mata engkau supaya engkau bertambah sayang padaku. Tidak! Aku bukan begitu... 

Kau jangan selalu membiarkan malam-malamku sepi. Kau jangan membiarkan hari-hari ku sunyi. Kerana ianya buat aku sakit. Sekiranya kau punya pengganti,nyatakan sahaja. Aku sedia undur diri. Kerna aku berpegang pada satu, cinta itu tidak semestinya dimiliki... Bahagianya engkau dengan yang lain,pasti bahagiaku jua,kerna aku cinta kau, dan aku bahagia melihat kau bahagia. Itu sahaja. Aku tidak meminta lebih. 

Mungkin kau belum mengerti apa itu cinta sejati. Kelak suatu hari kau akan fahami jua... 

Kaseh, maafakan aku dengan segala kesungguhanmu... Maafkan aku. Aku jadi begini, kerna aku terlalu menyinta, ya, selepas Allah dan rasul, kedua orang tua ku, aku menyintai engkau... Sungguh,aku cinta.

Ini untuk kamu yang aku panggil kaseh,. 

Gadis,
9:53 pm
23/07/2013





Sunday 21 July 2013

Aku Tahu Rasa Itu...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Seusai aku bermunajat kepadaNya,
Terlintas di hati akan satu nama
berserta raut wajah yang cukup untuk membuat aku tenang.
"Kapan Allah mempertemukan kita?" bisik hati kecil ku...

Ya sudahlah.
Melihat dia bahagia dari jauh sudah cukup.
Tak perlu meminta dia berada disampingmu sedangkan kau tidak bisa membuatnya bahagia.
Ya,payah. Kau coba membahagianya, namun dia tidak mampu menikmati bahagia yang kau bagi.
Malah, kau sendiri yang akan merasa sakit.
Sakit kerana tak mampu menjadi sebahagian dari kebahagiaan hidupnya.

Entah mengapa, malam itu Allah seolah mendengar lalu menjawab doa ku...
Dia hadirkan teman lama, dan di samping teman lama ku itu, ada dia,.
Ya dia...
Mahu saja aku menari-nari girang seperti anak kecil,
berlari-lari di gigi pantai,
menyanyi kuat lagu cinta kegemaran,
mau saja aku lakukan semua itu,
tapi akal waras masih kuat mengingatkan,
"Kau jangan terlalu gembira,. Bahagia ini cobaan dari Allah buat engkau."
Lalu, kehadirannya ku sambut sekadarnya.
Sekuntum senyum yang paling manis ku beri padanya...

Ku tahu,hadirnya dia kerna atas dasar simpati.
Simpati mendengar keadaan kesihatan aku yang semakin memburuk.
Ya,sudahlah. Ini semua ketentuan Illahi bukan?
Aku tidak perlu rasa simpati dari sesiapa pun,
sebaliknya aku cuma perlu doa ikhlas dari engkau terutamanya,
dan apa yang paling mustahak,
maafkan segala dosa yang telah aku perbuat
kerana manzalimi hati engkau dahulu...
Itu sahaja.

Ku tahu, ada rasa yang masih sama seperti dulu tidak mungkin terluah.
Serik barangkali.
Aku juga begitu sebenarnya.
Rasa itu masih ada,rasa cinta dan kasih sayang.
Namun usah kau bimbang,
tidak akan ada lagi cerita tentang KITA.
Kerna aku sudah melangkah pergi.
Pindah hati.
Dan tak akan menoleh lagi.
Apa lagi untuk menyakiti.

Terima kasih atas rasa kasih sebagai sahabat sejati untuk malam itu,
hadirnya kau di sisi, biarpun sekadar untuk menjenguk aku yang kian lemah ini,
sudah memadai, sudah membuat aku bersyukur tanpa henti.

Aku tahu rasa itu bukan milik kita lagi.
Cinta itu telah kita muktamadkan dulu,
sewaktu hati kita masing-masing mati,
tidak mahu mengerti...

Aku tahu rasa itu,
bukan untuk kita lagi.
Semua sudah tekubur rapi.
Mana mungkin terjadi lagi.

Gadis,
5:03 pm
21/07/2013







Tuesday 18 June 2013

Ya Sudahlah Untuk Yang Sia-sia...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Dia nampak biasa-biasa saja di mata insan lain. Tidak punya apa-apa yang luar biasa. Yang membolehkan orang-orang menyukainya. Dia nampak sama seperti orang-orang yang masih sudi menganggap diri mereka biasa-biasa yang tak punya apa-apa. Dia dan orang-orang yang biasa-biasa itu tetap sama. Tiada beza. 

Namun tiada siapa-siapa tahu, di hatinya ada tersimpan berjuta-juta rasa yang luar biasa. Yang tak terungkap dengan kata-kata. Selalu dia berkata-kata sendiri,untuk memujuk diri, di hadapana cermin usang miliknya, kadang-kadang dia akan bercakap-cakap menasihati diri sendiri sambil mendongak langit,lalu tangannya menahan-nahan getaran sakit di nubari yang semkin mengalir sehingga ke seluruh urat-urat sarafnya yang menyebabkan dia selalu sakit-sakit. Itulah dia. Semampu mungkin dia akan menahan sungguh-sungguh air matanya supaya tidah jatuh satu-satu. Dia tidak suka ada mata-mata kesayangannya melihat dia lemah begitu. Bagi dia, air mata harus di simpan rapi-rapi dari diperlihatkan oleh orang lain. Dia memang mahu hari-hari membuat orang yang disayangi tersenyum manis, tanpa mereka tahu dihatinya sedang hebat menangis. 

Lalu, disebabkan itu,selalu dia akan sendiri-sendiri di kamar miliknya, dan menumpahkan rasa yang tak terpikul di sanubarinya. Bagi dia, dia adalah seorang manusia yang yang telah diuji hebat oleh Yang Menciptanya. Dia selalu berfiki-fikir bahawa dialah satu-satunya insan di muka bumi yang DIA uji habis-habisan sehingga semangatnya kian lumpuh. 

Entah bagaimana, suatu hari, dia berjalan-jalan sendiri tanpa tujuan pasti, mengikut langkah kaki. Dan dia terpandang seorang insan tua yang begitu membuat hatinya tersentuh. Dia tidak kenal lelaki tua itu. Dia terus berhenti. Dia terus memerhati. Setiap anggota badan lelaki tua itu dilihat dengan terperinci. Gerak-geri lelaki tua itu turut diamati dalam-dalam, penuh hati-hati. Dia tidak peduli orang yang lalu-lalang dihadapannya lalu menoleh kehairanan melihat dia begitu khusyuk memerhati lelaki tua itu. Dia memang tidak peduli. Kerna apa yang dia perbuat bukan satu dosa! "Argh! Kau orang ini lihat aku macam penjenayah! Aku benci!" Jeritnya dalam hati. Wajahnya kian memerah. Dia kembali sedar, ada yang lebih penting dia perlu lakukan. Dilupanya tentang orang yang lalu lalang memerhatinya tadi. Dan dia kembali ke realiti tadi. 

Sepuluh minit berlalu, lelaki tua itu mula menyelongkar tong sampah. "Apa yang pakcik buat?" Dia bertanya pada diri sendiri. Matanya semakin membulat bila lelaki tua itu mencapai sebungkus beg plastik hitam dan di dalamnya terdapat sebiji roti. Mula-mula dihidunya roti itu, dirasanya, lalu dimakannya penuh rasa nikmat, penuh kesyukuran. "Pakcik, roti tu dari tong sampah! Kenpa pakcik ma..." Belum sempat hatinya menghabiskan kata, bahunya dilanggar seorang lelaki. Tinggi lampai. Ya, memang lelaki tapi, dia mengenakan pakaian wanita. Baju tanpa lengan, dan jeans pendek atas paha. "Kenapa langgar aku? Buta??" Jeritnya dalam hati. "Maaf dik, akak tak sengaja. Adik nak beli handphone ni? Akak jual murah, RM100 sahaja, adik ambil ya? Akak perlukan duit." Lelaki, em, perempuan itu, eh,lelaki atau perempuan? Argh, mana-mana sajalah. Dia memulakan bicara dan mempromosikan handphone smartphone nya kepada aku. Aku cuma terdiam seribu bahasa. Sedikit senyuman kelat aku berikan pada dia, lalu menggeleng kepala, dan kata maaf ku berikan. Wajah "akak" tadi pun berubah. Dia pergi tanpa menoleh aku. "Kasihan." Keluar kata itu dari bibirku. Belum sempat aku menoleh ke arah lain, dia menghampiri sekumpulan lelaki yang menjahit kasut di kali lima,. Dia lihat "akak" tadi begitu bersemanagt mempromosikan handphonenya, apa yang membuatkan dia makin loya, "akak" itu membuat gaya menggoda,. "Astaghfirullah... Betulkah apa yang aku lihat?" Bisik dia di dalam hati. Dia mengeluh. Dan tunduk seketika. Selepas itu,dia lihat "akak" itu sudah lenyap. 

"Pak cik tu! Pak cik tu mana???" Dia terus mencari-cari. Tapi tidak ada. Dia pun sudah lenyap. Dia kecewa. Kerana dia sudah merancang mahu mengekori lelaki tua itu sehingga lelaki tua itu pulang ke rumah. Gila bukan? Ya! Dia memang sedikit gila. Bagi dia, apa yang dia lihat itu adalah suatu pengajaran yang dia perlu ambil baik buruknya... Bukan semata-mata melihat dan bersimpati, tapi masih buta hati tidak melihat bertapa Allah itu Maha Segala... 

Dia kini berada di sebuah kedai makan. Melepas penat lelahnya. Sedang matanya meliar memerhati insan di sekeliling, dia tertumpu pada seorang budak kecil yang tidak terurus gayanya. Baju koyak rabak. Rambut kusut masai. Mukanya hitam legam. Tangannya ditadah, wajahnya penuh lesu, dia seupayanya meminta belas kasihan dari satu meja ke satu meja, namun tiada siapa peduli. "Kejam! Kamu orang semua kejam!" Dia menyumpah-nyumpah dalam hati. Sepertinya dia begitu marah. Dalam rasa yang kurang senang, dia segera bangun dari tempat duduknya, baru sahaja dia mahu pergi mendapatkan budak itu, seorang remaja perempuan yang agak seksi penampilannya, menarik lengan budak itu, lalu di suruhnya duduk bersamanya. Dengan gaya yang sedikit kasar dia memanggil pelayan untuk mengambil order. "Adik nak makan apa? Adik cakap. Aku belanja adik." Itulah yang remaja itu katakan pada kanak-kanak tersebut. 

"Subhanallah" Dia mengucap. Dia pun kembali duduk. Dan memerhati dari arah yang agak dekat. Cuma selang dua buah meja dari tempat remaja dan budak itu duduk. Dia terpegun. Kagum. Kerna masih ada insan yang sebaik remaja tersebut. Seikhlasnya membantu. "Tapi sayang, dia tak tutup aurat dengan sempurna..." Getus hatinya. Dia menggeleng namun dia masih bersyukur. 

"Allahu akbar! Allahu akbar!" 

Dia tersentak. Lamunannya terhenti. Dilihatnya jam di dinding tepat menunjukkan 8:00. "Sudah masuk waktu Isyak..." Bisik hatinya. Segera dia menutup dairi hijau muda. Lalu dia melangkah ke bilik air. Wuduk diangkatnya penuh tertib. Lalu takbir diangkat, "Allahu akbar"...

Kehadapan Cik Dairi Hijau,

Hari ini Allah dah buka mata aku seluas-luasnya untuk memandang bertapa hidup aku yang selama ini sering aku keluh kesahkan adalah lebih baik dari kehidupan insan lain di luar sana. Selama ini aku menyangka aku adalah hamba yang paling hebat diuji, sedangkan sebenarnya tidak... Apa yang Allah berikan kepada aku adalah mengikut kemampuan aku untuk menaggungnya. Cuma aku yang tidak mampu melihat dengan jelas. Buta mata hati. Tidak tahu mensyukuri. Apa lagi mengargai. 

Ada yang terpaksa menyelongkar timbunan sampah untuk mengisi perut yang sudah berhari-hari tidak di isi sebarang makanan, sedangkan aku cuma hanya perlu pergi ke dapur dan pilih apa yang selera makan ku mau. Aku tidak perlu bersusah payah. 

Ada yang terpaksa menggadaikan harta yang satu-satunya milik berharganya kerana perlukan wang untuk perkara yang lebih mustahak, dan lebih parah mereka terpaksa menggadai maruah dan memutus rasa malunya, samata-mata kerana desakan yang memaksa. Sedangkan aku? Hanya perlu menadah tangan kepada orang tua, dan RM sudah berada dalam genggaman. 

Ada yang terpaksa merayau-rayau sendirian, dalam keadaan yang menyedihkan, tanpa ibu bapa di sisi menemani sedangkan dia masih terlalu kecil untuk menaggung beban hidup seperti itu. Meraih simpati ke sana-kemari demi kerana sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika nasib baik, ada yang menghulur, jika tidak, mereka tidak akan dipeduli. Dan dipandang dengan pandangan hina. Paling malang mereka mungkin dipukul, disepak terajang, lalu diludah oleh merek-mereka yang berhati binatang berwajah manusia. Sedang dulu aku? Dilayan selayaknya seorang anak kecil. Serba mencukupi. Tiada kurang. Lalu mengapa masih aku tidak bersyukur... ?

Cik Dairi Hijau, 

Aku menangis hanya kerana gagal bercinta. Aku menagis hanya kerana hajatku tak sampai. Aku menangis hanya kerana yang tersayang lupa tarikh kelahiranku. Aku menangis kerana dimarahi. Aku menangis kerana tidak dituruti pintaku. Aku menagis segalanya kerana yang sia-sia! Oh, bertapa aku ini tidak tahu bersyukur.
Sedangkan mereka di luar sana menagis memikirkan, adakah sesuap nasi untuk mereka esok supaya terus hidup atau mereka akan mati tanpa siapa yang mengetahui... Baru kini ku sedar, bertapa aku telah terlalu banyak membuang air mata untuk perkara yang sia-sia. Terlalu banyak menerima nikmat, tanpa berkongsinya kepada insan yang kurang bernasib baik... Ya sudahlah. Sudahlah menyakiti diri sendiri dengan perkara yang tidak wajar... Membazir air mata... Melemah semangat diri untuk yang entah apa-apa... 
Bersyukur lalu menghargai... Memberi dan berkongsi itukan lebih menyenagkan... Ya, sangat mententeramkan nubari... 

Gadis,
12:28 pm
19/06/2013
Rabu
-Kamar-