JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Saturday, 16 November 2013

Sesetia Apa...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Yang dinanti tak kunjung tiba,
sedangkan hati sudah terlalu hiba...
Kekecawaan hari demi hari makin menebal
mendiami hati yang tak lagi kebal...

Lalu mengapa masih menanti?
Sedangkan yang dinanti, menoleh pun tidak?
Kerna ada harapan yang dia bagi masih aku ingat.
Harapan itulah buat aku masih di sini walaupun hati dah penat,
tetapi kerana harapan itu juga membuat aku terlalu mengharap
sehingga nafas hampir tersekat...

Mana tidaknya, tangis dan esakan bersatu,
bertindak kejam pada hati tak kira waktu...

Harus bagaimana?
Jika dibiar pasti kau persis manusia yang hidup
tapi mati hatinya...
Tiada lagi rasa kerna
perasaan tak berfungsi seperti biasa,
lalu pasti kau dikata gila kerna cinta!

Siapa bilang aku akan gila kerna cinta?
Aku masih punya Tuhan tempat bersandar segala rasa.
Tuhan tahu segala. Pasti Tuhan akan beri aku tanda,
untuk terus menunggu atau pergi tanpa kata...

Kau tahu, Tuhan itu sedang menguji aku.
Dia mahu melihat sesetia apa aku pada manusia yang aku cinta,
Dia mahu melihat adakah setia aku melebihi setia padaNya?
Lantaran aku terlalu menginginkan cintanya manusia,
Dia murka, lalu aku diuji... Itu juga petanda Dia sayang padaku bukan?
Kerna bila manusia sakiti aku, pada akhirnya pasti aku kembali di sisi Nya...

GadisPelangiPuteh
12:32 am
Ahad
-Kamar Samar-


2 comments: