JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Tuesday 18 June 2013

Ya Sudahlah Untuk Yang Sia-sia...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Dia nampak biasa-biasa saja di mata insan lain. Tidak punya apa-apa yang luar biasa. Yang membolehkan orang-orang menyukainya. Dia nampak sama seperti orang-orang yang masih sudi menganggap diri mereka biasa-biasa yang tak punya apa-apa. Dia dan orang-orang yang biasa-biasa itu tetap sama. Tiada beza. 

Namun tiada siapa-siapa tahu, di hatinya ada tersimpan berjuta-juta rasa yang luar biasa. Yang tak terungkap dengan kata-kata. Selalu dia berkata-kata sendiri,untuk memujuk diri, di hadapana cermin usang miliknya, kadang-kadang dia akan bercakap-cakap menasihati diri sendiri sambil mendongak langit,lalu tangannya menahan-nahan getaran sakit di nubari yang semkin mengalir sehingga ke seluruh urat-urat sarafnya yang menyebabkan dia selalu sakit-sakit. Itulah dia. Semampu mungkin dia akan menahan sungguh-sungguh air matanya supaya tidah jatuh satu-satu. Dia tidak suka ada mata-mata kesayangannya melihat dia lemah begitu. Bagi dia, air mata harus di simpan rapi-rapi dari diperlihatkan oleh orang lain. Dia memang mahu hari-hari membuat orang yang disayangi tersenyum manis, tanpa mereka tahu dihatinya sedang hebat menangis. 

Lalu, disebabkan itu,selalu dia akan sendiri-sendiri di kamar miliknya, dan menumpahkan rasa yang tak terpikul di sanubarinya. Bagi dia, dia adalah seorang manusia yang yang telah diuji hebat oleh Yang Menciptanya. Dia selalu berfiki-fikir bahawa dialah satu-satunya insan di muka bumi yang DIA uji habis-habisan sehingga semangatnya kian lumpuh. 

Entah bagaimana, suatu hari, dia berjalan-jalan sendiri tanpa tujuan pasti, mengikut langkah kaki. Dan dia terpandang seorang insan tua yang begitu membuat hatinya tersentuh. Dia tidak kenal lelaki tua itu. Dia terus berhenti. Dia terus memerhati. Setiap anggota badan lelaki tua itu dilihat dengan terperinci. Gerak-geri lelaki tua itu turut diamati dalam-dalam, penuh hati-hati. Dia tidak peduli orang yang lalu-lalang dihadapannya lalu menoleh kehairanan melihat dia begitu khusyuk memerhati lelaki tua itu. Dia memang tidak peduli. Kerna apa yang dia perbuat bukan satu dosa! "Argh! Kau orang ini lihat aku macam penjenayah! Aku benci!" Jeritnya dalam hati. Wajahnya kian memerah. Dia kembali sedar, ada yang lebih penting dia perlu lakukan. Dilupanya tentang orang yang lalu lalang memerhatinya tadi. Dan dia kembali ke realiti tadi. 

Sepuluh minit berlalu, lelaki tua itu mula menyelongkar tong sampah. "Apa yang pakcik buat?" Dia bertanya pada diri sendiri. Matanya semakin membulat bila lelaki tua itu mencapai sebungkus beg plastik hitam dan di dalamnya terdapat sebiji roti. Mula-mula dihidunya roti itu, dirasanya, lalu dimakannya penuh rasa nikmat, penuh kesyukuran. "Pakcik, roti tu dari tong sampah! Kenpa pakcik ma..." Belum sempat hatinya menghabiskan kata, bahunya dilanggar seorang lelaki. Tinggi lampai. Ya, memang lelaki tapi, dia mengenakan pakaian wanita. Baju tanpa lengan, dan jeans pendek atas paha. "Kenapa langgar aku? Buta??" Jeritnya dalam hati. "Maaf dik, akak tak sengaja. Adik nak beli handphone ni? Akak jual murah, RM100 sahaja, adik ambil ya? Akak perlukan duit." Lelaki, em, perempuan itu, eh,lelaki atau perempuan? Argh, mana-mana sajalah. Dia memulakan bicara dan mempromosikan handphone smartphone nya kepada aku. Aku cuma terdiam seribu bahasa. Sedikit senyuman kelat aku berikan pada dia, lalu menggeleng kepala, dan kata maaf ku berikan. Wajah "akak" tadi pun berubah. Dia pergi tanpa menoleh aku. "Kasihan." Keluar kata itu dari bibirku. Belum sempat aku menoleh ke arah lain, dia menghampiri sekumpulan lelaki yang menjahit kasut di kali lima,. Dia lihat "akak" tadi begitu bersemanagt mempromosikan handphonenya, apa yang membuatkan dia makin loya, "akak" itu membuat gaya menggoda,. "Astaghfirullah... Betulkah apa yang aku lihat?" Bisik dia di dalam hati. Dia mengeluh. Dan tunduk seketika. Selepas itu,dia lihat "akak" itu sudah lenyap. 

"Pak cik tu! Pak cik tu mana???" Dia terus mencari-cari. Tapi tidak ada. Dia pun sudah lenyap. Dia kecewa. Kerana dia sudah merancang mahu mengekori lelaki tua itu sehingga lelaki tua itu pulang ke rumah. Gila bukan? Ya! Dia memang sedikit gila. Bagi dia, apa yang dia lihat itu adalah suatu pengajaran yang dia perlu ambil baik buruknya... Bukan semata-mata melihat dan bersimpati, tapi masih buta hati tidak melihat bertapa Allah itu Maha Segala... 

Dia kini berada di sebuah kedai makan. Melepas penat lelahnya. Sedang matanya meliar memerhati insan di sekeliling, dia tertumpu pada seorang budak kecil yang tidak terurus gayanya. Baju koyak rabak. Rambut kusut masai. Mukanya hitam legam. Tangannya ditadah, wajahnya penuh lesu, dia seupayanya meminta belas kasihan dari satu meja ke satu meja, namun tiada siapa peduli. "Kejam! Kamu orang semua kejam!" Dia menyumpah-nyumpah dalam hati. Sepertinya dia begitu marah. Dalam rasa yang kurang senang, dia segera bangun dari tempat duduknya, baru sahaja dia mahu pergi mendapatkan budak itu, seorang remaja perempuan yang agak seksi penampilannya, menarik lengan budak itu, lalu di suruhnya duduk bersamanya. Dengan gaya yang sedikit kasar dia memanggil pelayan untuk mengambil order. "Adik nak makan apa? Adik cakap. Aku belanja adik." Itulah yang remaja itu katakan pada kanak-kanak tersebut. 

"Subhanallah" Dia mengucap. Dia pun kembali duduk. Dan memerhati dari arah yang agak dekat. Cuma selang dua buah meja dari tempat remaja dan budak itu duduk. Dia terpegun. Kagum. Kerna masih ada insan yang sebaik remaja tersebut. Seikhlasnya membantu. "Tapi sayang, dia tak tutup aurat dengan sempurna..." Getus hatinya. Dia menggeleng namun dia masih bersyukur. 

"Allahu akbar! Allahu akbar!" 

Dia tersentak. Lamunannya terhenti. Dilihatnya jam di dinding tepat menunjukkan 8:00. "Sudah masuk waktu Isyak..." Bisik hatinya. Segera dia menutup dairi hijau muda. Lalu dia melangkah ke bilik air. Wuduk diangkatnya penuh tertib. Lalu takbir diangkat, "Allahu akbar"...

Kehadapan Cik Dairi Hijau,

Hari ini Allah dah buka mata aku seluas-luasnya untuk memandang bertapa hidup aku yang selama ini sering aku keluh kesahkan adalah lebih baik dari kehidupan insan lain di luar sana. Selama ini aku menyangka aku adalah hamba yang paling hebat diuji, sedangkan sebenarnya tidak... Apa yang Allah berikan kepada aku adalah mengikut kemampuan aku untuk menaggungnya. Cuma aku yang tidak mampu melihat dengan jelas. Buta mata hati. Tidak tahu mensyukuri. Apa lagi mengargai. 

Ada yang terpaksa menyelongkar timbunan sampah untuk mengisi perut yang sudah berhari-hari tidak di isi sebarang makanan, sedangkan aku cuma hanya perlu pergi ke dapur dan pilih apa yang selera makan ku mau. Aku tidak perlu bersusah payah. 

Ada yang terpaksa menggadaikan harta yang satu-satunya milik berharganya kerana perlukan wang untuk perkara yang lebih mustahak, dan lebih parah mereka terpaksa menggadai maruah dan memutus rasa malunya, samata-mata kerana desakan yang memaksa. Sedangkan aku? Hanya perlu menadah tangan kepada orang tua, dan RM sudah berada dalam genggaman. 

Ada yang terpaksa merayau-rayau sendirian, dalam keadaan yang menyedihkan, tanpa ibu bapa di sisi menemani sedangkan dia masih terlalu kecil untuk menaggung beban hidup seperti itu. Meraih simpati ke sana-kemari demi kerana sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika nasib baik, ada yang menghulur, jika tidak, mereka tidak akan dipeduli. Dan dipandang dengan pandangan hina. Paling malang mereka mungkin dipukul, disepak terajang, lalu diludah oleh merek-mereka yang berhati binatang berwajah manusia. Sedang dulu aku? Dilayan selayaknya seorang anak kecil. Serba mencukupi. Tiada kurang. Lalu mengapa masih aku tidak bersyukur... ?

Cik Dairi Hijau, 

Aku menangis hanya kerana gagal bercinta. Aku menagis hanya kerana hajatku tak sampai. Aku menangis hanya kerana yang tersayang lupa tarikh kelahiranku. Aku menangis kerana dimarahi. Aku menangis kerana tidak dituruti pintaku. Aku menagis segalanya kerana yang sia-sia! Oh, bertapa aku ini tidak tahu bersyukur.
Sedangkan mereka di luar sana menagis memikirkan, adakah sesuap nasi untuk mereka esok supaya terus hidup atau mereka akan mati tanpa siapa yang mengetahui... Baru kini ku sedar, bertapa aku telah terlalu banyak membuang air mata untuk perkara yang sia-sia. Terlalu banyak menerima nikmat, tanpa berkongsinya kepada insan yang kurang bernasib baik... Ya sudahlah. Sudahlah menyakiti diri sendiri dengan perkara yang tidak wajar... Membazir air mata... Melemah semangat diri untuk yang entah apa-apa... 
Bersyukur lalu menghargai... Memberi dan berkongsi itukan lebih menyenagkan... Ya, sangat mententeramkan nubari... 

Gadis,
12:28 pm
19/06/2013
Rabu
-Kamar-




No comments:

Post a Comment