JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Tuesday 18 June 2013

Broken Heart ...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Wahai Allah, ampuni aku kerna tidak mampu menagis keranaMu sehebat aku menagis kerna dilukai manusia. Aku dilukai manusia, aku menangis kerana manusia, dan sekarang aku masih meminta kepadaMu juga kerana manusia. Ampuni aku ya Allah... Ampuni aku... 

Kau tahu ya Allah, aku sudah terlalu lama bertahan untuk menjadi benar-benar kuat bagi diriku sendiri tapi aku sudah tidak mampu... Aku terlalu lemah ya Allah. Aku terluka, namun aku masih mahu mencoba untuk bertahan. Masih mahu mengubati luka itu sendiri tanpa insan lain. Aku berkali-kali rebah dan aku masih nekad untuk bangkit walau semangat ku telah patah, walau jiwa ragaku seakan mati.
Aku cuma mahu berjuang untuk sesuatu yang aku cintai dengan kesungguhan...

Namun diakhirnya, aku tidak dihargai... Aku sepertinya tidak wujud... Aku mengerti ya Rabb, bila melakukan sesuatu itu harus dipasakkan dalam hati nawaitu hanya keranaMu semata... Sudah ya Allah, sudah ku niatkan sebegitu, namun manusia seperti aku yang imannya masih turun naik, terkadang terusik juga... Mahuku agar mereka, khususnya orang aku sayangi sedar tentang adanya aku disisi mereka. Hargai walau dengan sepatah kata, itu sahaja. Cuma itu. Aku tidak meminta lebih.

Wahai Tuhan Yang Mengetahui Segala, 

Dengan segala kesungguhan, aku mohon, Kau berilah aku hati yang baru. Yang lebih cinta pada Engkau melebihi segala. Biar aku tidak merasa sakitnya bila tiada cinta manusia lainnya... Kuatkan aku ya Rabb... Jika bukan Engkau, pada siapa lagi aku harus bergantung harap? Jika bukan Engkau siapa lagi yang mampu memberi pertolongan. Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Penolong dan Sebaik-baik Tempat Berharap. Tiada lain hanya Engkau...

Gadis,
2:05 am
19/6/2013



1 comment:

  1. uii...mendayu2 penulisan eh...sosak nafas nak baca.jiwa lembut mendayu2 mcm sutera ni kak oi..

    ReplyDelete