JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Sunday 17 February 2013

Teruskanlah...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Sekian lama tidak meninggalkan jejak di sini,kini aku kembali.

Selama dua tahun setengah, aku berhempas pulas menjalani kehidupan sebagai pelajar. Pelbagai ranjau duri sebagai seorang pelajar telah pun aku tempuhi. Di saat dugaan itu datang menerjah, aku rasakan aku terlalu lemah. Dan selalu aku bertanya, "Mengapa Kau bagi dugaan ini ya Allah? Aku sungguh tidak kuat. Aku lemah wahai Allah..."... Namun ternyata, setelah dugaan itu ku tempuh, Allah hadirkan ilham untuk aku cari hikmahnya. Allah pinjamkan aku kekuatan milik Nya. Allah ubati sedihku dengan menghadiahkan insan-insan  yang sudi berkongsi kasih sayang mereka kepadaku. Sungguh, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya," adalah benar! Cuma aku sahaja yang selalu lupa. Selalu tidak meyakini bahawa Allah itu maha Baek. Tidak pernah,malah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya. Bahkan,akulah. Akulah yang sering menzalimi diriku sendiri. Wahai Allah,dengan segala kesungguhan,Kau maafkanlah hamba hina ini... 

Ditinggalkan sahabat. Dan aku terpaksa meninggalkan sahabat. Dianiaya dan aku terpaksa bersabar tidak membalas sedikit pun. Dimarahi pensyarah di hadapan kelas dan rakan-rakan yang lain. Dan aku hanya mampu tunduk menahan malu. Sesekali ku paksa untuk senyum selebarnya menutup rasa perih di hati. Tugasan tidak diterima. Dan aku terpaksa melakukannya untuk kali ke dua. Mendengar orang memperkatakan aku. Dan aku hanya mampu berpura-pura menyibukkan diri padahal aku pasang telinga. Dan seribu satu peristiwa lagi yang tak mungkin bisa aku terjemahkan di ruangan ini. Cukuplah ianya tepatri kukuh diingatan ini.... 

Sungguh,pahitnya pengalaman yang aku lalui itu menjadikan aku lebih berhatihati meniti hari esok yang belum pasti. Pahitnya pengalaman yang aku lalui itu mendidik aku untuk menjadi lebih dewasa. Melakukan sesuatu dengan sungguhsungguh. Tidak hanya melafazkan dibibir,tapi dibuktikan dengan tingkah laku. Pahitnya pengalaman yang aku lalui itu menjadikan aku untuk selalu ikhlas. Ikhlas menjadi diri sendiri. Ikhlas mengakui kesilapan diri. Ikhlas menerima bahawa aku tidak sempurna. Juga mengajar aku supaya jujur dalam bicara. Tidak menutup salah diri dengan menggunakan salah orang lain sebagai modal. Jujur pada hati. Jujur pada manusia lainnya. Tidak berpura-pura. Menghargai diri apa adanya... 

Yakinilah,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita perlu bijak menyingkap rahsia disebaliknya. 

Dan esok,perjalananku sebagai seorang pelajar menghampiri pada titik akhirnya. Aku akan menjalani prakticum di sebuah tadika swasta. Sungguh,aku takut. Bingung. Walaupun hanya sekadar practicum,ia begitu sukar untuk aku laksanakan. Kerna ia melibatkan amanah. Ya! Amanah sebagai bakal pendidik. Mampukah aku? Menjadi pendidik untuk mendidik anak kecil yang masih putih bersih. Aku ini yang sudah tercemar dengan dosa,mampukah untuk mendidik mereka agar menjadi yang terbaik untuk Tuhan mereka? Aku akam cuba. Sedaya mungkin. 

Aku niatkan,practicum aku untuk esok hari adalah sebagai satu ibadah. Agar aku tidak leka dengan peluang yang Allah pinjamkan ini. Agar aku tidak mudah berputus asa sekiranya ada dugaan datang menerjah,menggugat kesabaran aku, agar aku tetap terus berjuang melakukan yang terbaik. InshaAllah. InshaAllah. InshaAllah. 

Selesai practicum (mungkin sebelum atau selepas itu aku mati). Konvokesyen (mungkin sebelum atau selepas itu aku mati) . Bekerja (mungkin sebelum atau selepas itu aku mati). Umrah (mungkin sebelum atau selepas itu aku mati) . Belajar sambil bekerja (mungkin sebelum atau selepas itu aku mati). Kahwin (mungkin sebelum atau selepas itu aku mati). Itulah perancangan hidup yang aku rancang. Namun Allah jua Sebaikbaik Perancang juga Sebaikbaik Penentu. 

Walauapun aku tidak tahu apa yang bakal ku tempuh esok dan seterusnya,adakah duka ataupun suka,perjalanan ini perlu aku teruskan. Biar lelah asal tak menyerah. Jika rasa diri tidak kuat, minta pada Allah. Kerna DIA sumber kekuatan. Jika diri rasa tak tenang, pinta pada Allah kerna dengan mengingati DIA, hatihati akan menjadi tenang.

Coretan ini sengaja aku coretkan agar aku lebih jelas dengan apa yang aku rasa. Juga catatan ini tidak lebih tidak kurang hanyalah sekadar untuk aku mengingakan diri. Hidup tak selalu indah. Dan muda itu tidak mudah. 

Nisaa,teruskanlah.

Jatuh,kau bangkit semula. 

Jangan berhenti selagi ajal tak kunjung tiba. 

Gadis,
10:45 pm,
17/02/2013
-Kamar Study, berteman hujan rintirintis-

No comments:

Post a Comment