JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Friday 1 March 2013

Pesanan Buat Diri...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Dalam melayari kehidupan seharihari, dugaan datang silih berganti. Tanpa kita minta,Allah pasti akan menguji, melihat sejauh mana kita memerlukan Nya untuk diberi kekuatan. Kerna sesungguhnya, setiap kekuatan itu diperolehi dari Nya jua. Setiap segala sesuatu yang berlaku, tidak boleh tidak kita menolak bahawa Allah sahajalah sebaikbaik tempat untuk kita meminta, meminta untuk dipermudahkan menghadapinya. Dipermudahkan hati untuk mengikhlaskan segala yang telah  tertulis dalam kehidupan kita...

Kita ini sebagai insan biasa, yang melakukan dosa tanpa noktah,imanya pasti turun naik... Ada ketika iman kita meninggi, separti ahli ibadah, yang suka kepada perkaraperkara ibadah. Namun ada satu ketika kita sangat hina dina... Melakukan dosa tanpa peduli ada Dia yang memerhati...

Kerana Allah itu Maha Baik, dibukakan Nya pintu taubat setiap masa. Seluasnya. Tak tejangkau oleh akal manusia... Namun malangnya, kita ini masih berat hati, untuk sujud meminta ampunan dari Nya. Jika ada pun rasa begitu, ditangguhtangguh dan akhirnya rasa itu terkubur mati bersama dosa yang menghitam di hati. 

Suka aku mengingatkan diri bahawa, hidup akan terasa kosong, atau lebih tepat lagi, terasa rindu tanpa mendekatkan diri padaNya. Aku pernah melaluinya. Aku pernah merasa. Sehari aku tidak meluangkan masa bersama Nya, aku akn resah gelisah. Seperti ada kurang sesuatu. Jauh di sudut hati, ada rasa ngilu terdalam... Yang hanya akan kebah bila aku mendekati Nya.  Aku bersyukur kerna masih dikurniakan rasa rindu yang teragung itu. Namun, itu bukanlah salah satu petanda aku sudah cukup baik. Tidak! Anugerah itu pasti akan ku jaga selalu. Kerna aku tahu, sekali hidayah itu pergi, amatlah sukar untuk ia datang kembali...

Pesanan buat diri, hargailah setiap anugerah yang Allah telah kurnia. Terutama nikmat iman dan kesedaran untuk bertaubat. Wahai diri, tidak perlu menunggu melakukan dosa besar baru mencecah dahi ke sejadah memohon ampun dengan sebenarbenar ampunan... Sedangkan setiap hari kita diminta untuk bertaubat. Kerna mati itu tidak mengira tempat. Tidak menunggu masa... Juga kerna kita ini hanya hamba. Tiada apa, cuma dosa.


Gadis,
12:27 pm
Sabtu,
2/03/2013
-Dalam kamar study- 






No comments:

Post a Comment