JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Sunday 3 February 2013

Pesanan Yang Tak Akan Pernah Sampai.

Assalammualaikum...
Sollu ala nabiyy...

"Dengan segala kesungguhan, aku mencoretkan tinta bisu ini untuk kau baca. Untuk kau tatap. Mungkin ianya  tidak akan membantu untuk mengembalikan masa dulu, saat kita ketawa girang di bawah langit biru yang sama, namun, percayalah, aku mencoretkan ini menggunakan seluruh hati ku. Semoga kau fahami. Dengan izin Allah, aku sangat berharap kau akan sedikit lega selepas membacakannya (sekiranya engkau baca.)"

Pesanan Yang Tak Akan Pernah Sampai, aku pilih kernah aku yakin, apa yang aku pesan selepas ini, tidak semuanya akan mampu sampai terus ke hati kau. Pasti ada pesanan yang ingin aku pesan kepada kau tak kau fahami sendirinya. Kerana kau sendiri tahu bukan, soal hati, sakitnya sangat rumit. 

Ku biarkan kau berlalu pergi. Tanpa meninggalkan kata muktamad. Kerna aku sudah tidak cukup kuat untuk menghadapi perang hati yang cukup hebat. Mungkin kau melihat aku biasabiasa sahaja,tapi di hati ku, hanya Allah Yang Maha Mengerti. Selalu aku meminta dalam doa panjangku agar diberi kemudahan untuk aku membuat pilihan. Kau tahu, bukan mudah! Ya,silapnya aku mudah jatuh cinta. Tapi pernahkah kau merasa bagaiman mencintai seseorang kerana agama yang ada pada dirinya? Dan pernah juga kah kau merasa bagaiman hati sukar melepaskan insan yang bertahun-tahun lamanya susah senang bersama kita? Boleh kau gambarkan perasaan aku sekarang??? Terjerat antara dua cinta manusia? Ah! Aku mungkin terlalu bodoh kerna cinta manusia bikin aku gundah. Sedangkan cinta Allah aku tak endah. Bukan... Bukan aku terlalu mengimpikan indahnya cinta manusia,tidak juga aku terus melupa cintanya Yang Esa. Aku, kau juga mereka, cuma manusia biasa. Cinta itu fitrah. Jangan kau terlalu kolot pemikiran bila ada yang berbicara soal cinta kau terus jadi geli gelaman! Kau tahu? Setiap yang ada disekeliling kita dipenuhi cinta... Sekiranya benar kau punya hati, kau pasti bisa menilai maksudku. Kau nilailah sendiri... 

Allah takdirkan ini berlaku pada aku, kerna Dia mahu menguji aku. Tidak ku pinta dugaan hati yang menyesakkan ini. Tidak sesekali ku minta!. Apalah daya aku, yang serba kekurangan, yang serba berdosa, masih tempang imannya...  

Bencilah aku. Hindarlah kau dari aku. Binalah sejauh mungkin jarak antara kita. Larilah kau ke hujung dunia sekalipun., kau tetap akan sentiasa dekat di hati aku. Selepas ibuayah,adikberadik,sahabat tercinta,akan ku pastikan nama kau juga akan ku lafaz dalam baitbait doa. Jangan risau! Aku akan mendoakan kau yang baikbaik. Yanga indahindah. Zahirnya kau dan aku jauh, Tapi hakikatnya kau sangat dekat dalam lafaz doaku. 

Jika benar kau mencintai aku seikhlasnya, selepas Allah,Rasulullah dan kedua ibubapamu,kau pasti tidak akan menjauhkan diri walaupun ikatan kasih kita tidak lagi bersemi. Sebaliknya akan kau terima aku sebagai insan yang bergelar sahabat, sepertimana suatu ketika dulu... 

Aku tidak meminta lebih. Aku cuma meminta kau jangan menjauh. Kerna sungguh, kau selalu membuat aku gembira atas izin Allah Taala. Kau selalu jadi hero aku pada waktuwaktu sukarku. Sekiranya tidak berlebihan,aku ingin katakan, kau sudah sebahagian daripada hidup aku. Kau sahabat,kekasih terhebat. Mungkin kerana kehabatan itu, Allah uji aku, dengan perihal hati ini. 

Sekiranya kau sudi, kembalilah kau pada aku,untuk aku pimpin tangan kau,kita dan sahabat yang lain menuju jannah. :")

Yang Benar,

Gadis
4:02 pm
3/2/2013
-Kamar sepi-



No comments:

Post a Comment