JellyPages.com

✿ Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ✿


Wednesday 9 January 2013

Allah Masih Peduli...

Assalammualaikum...
Sollu ala-nabiyy...

Mahu sahaja aku berlari,
sejauh mungkin,
sederas yang mampu,
untuk menghindar dari rasa yang 
mendera jiwa...

Tapi langkahku seakan terpaku... 

Hanya mampu melangkah, 
selangkah demi selangkah untuk menjauhi,
itupun langkahku tempang,
sesekali aku tumbang,
dan pada ketika itu ku rasa 
harapanku kian menghilang...

Mahu sahaja aku berlari,
sepenuh hati,
berteman air mata yang menghujani
wajah yang diselaputi mendung ini...

Biarlah,
yang melihat aku berlari kehairanan,
atau
yang melihat aku berlari itu ketawa berdekah-dekah,
atau
yang melihat aku berlari itu mengata aku isim!
Aku tidak peduli!

Hanya aku yang tahu apa di rasa, tidak mereka.
Kalaupun ada yang ingin tahu apa di hati,
mungkin sekadar mahu tahu, tidak lebih dari itu...

Dalam kesungguhan larianku,
langkahku tersungkur lagi...
Dan untuk kali ini,
aku benar-benar letih,
letih mahu menjauh takdir Illahi...

Dalam kelelahan itu,
Rupanya Allah mahu mendidik aku
untuk bergantung sesuatu hanya pada Nya,
bukan manusia lainnya.

Demi kerana aku begitu mengharapkan insani,
memenuhi hasrat di hati,
lalu aku pun kecewalah...
Dalam hajat yang meninggi,
harapan yang diberi bertubi-tubi,
lalu aku pun menagislah...

Air mata mengering sendiri,
aku pula cuba tenangkan diri,
hasrat mahu berlari aku padam 
tidak lagi ku ingini...

Dalam sendu tangisan yang berbaki,
sedayanya ku cuba ukir,
sebuah senyuman ikhlas dari hati...

Kerna rasa kesyukuran tidak terperi,
lantaran Allah masih disisi,
menemani,
tidak menjauhi,
juga menyedarkan diri,
bahawa,
hanya dia Yang Maha Memberi,
Maha Menunaikan Hajat Hati,
Maha segala,
bukan insani...

Alhamdulillah,
Allah masih peduli. 

Gadis,
12:27 pm
10/01/2013
-Dalam Kamar Study-








No comments:

Post a Comment